Yusry Dan Lisa Sah Umumkan Tarikh Perkahwinan Mereka


Akhirnya, khabar angin mengenai percintaan antara Lisa Surihani dan Yusry Abd. Halim yang diperkatakan sejak beberapa detik sebelum ini terjawab sudah. Pada satu majlis santai yang diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya, pasangan tersebut menjawab segala persoalan mengenai percintaan mereka.





Lisa yang semakin berseri-seri ditemani oleh ibunya Puan Siti Amira Ahmad dan kedua abang Lisa manakala Yusry hadir bersama kedua ibu bapanya Encik Abd. Halim dan Puan Zarina bagi mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingan mereka.



Tanggal 23 Februari bakal mencipta sejarah apabila tarikh tersebut menyaksikan penyatuan dua jiwa yang akan diijabkabulkan di Masjid Besar, Tuaku Mizan Putrajaya selepas solat Asar. Diikuti resepsi kedua-dua belah pihak yang dibuat sekaligus bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari tahun hadapan.
Perkenalan lebih kurang setahun diantara Lisa dan Yusry di BBM (Blackberry Messenger) telah membuatkan pelakon 'Ombak Rindu' ini mula mengenali sikap Yusry yang sebenarnya seorang yang rendah diri dan senang didekati.
Disogok dengan persoalan mengapa Lisa yang menjadi pilihan Yusry, beliau menjawab dengan penuh yakin bahawa " Saya mengenali dia lebih kurang setahun dan pada masa tersebut saya sedang sibuk dengan penggambaran 'Vikingdom', saya tiada masa untuk keluar ke sana ke mari seperti pasangan lain tapi itu tidak menjadi masalah kepada Lisa, dia tidak pernah lupa untuk pergi ke set penggambaran untuk berjumpa saya, dari situ saya dapat rasakan bahawa dia adalah yang terbaik dan seorang yang penyayang. Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa berjumpa keluarga dan setelah merasakan dia sesuai, baru saya bawa dan dari situ dapat lihat, Lisa senang bercampur dan cepat mesra".


Lisa Surihani yang telah dirisik oleh keluarga Yusry pada 23 Disember 2011 memberitahu bahawa kalau boleh mereka tidak mahu perkahwinan mereka dicanang sebagai "Wedding of the year" cukuplah sekadar "Simple But elegan".
Walaubagaimanapun menurut Lisa, nilai hantaran dan tema untuk perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai 2 bulan ini masih belum dipikirkannya lagi kerana bagi Lisa, dia lebih memikirkan kehidupan selepas bergelar suami isteri kelak.
Ditanya adakah pihak Astro akan menaja sepenuhnya perkahwinan mereka. Yusry menjawab bahawa dirinya mahupun Lisa tidak tahu mengenai perkara itu.
"Itu semua tiada kaitan di antara saya, itu harus ditanya kepada orang yang bertanggungjawab menguruskan Lisa, Metrowealth, saya tiada hak untuk menjawab dan tidak tahu mengenai perkara tersebut. Tapi jika ditawarkan kami tiada masalah".
Ditanya tentang kerjayanya sebagai pelakon, Lisa memberitahu bahwa dirinya tidak akan berhenti berlakon dan perkara tersebut pernah dibincangkan bersama Yusry.

No comments:

Post a Comment