Orang ramai di luar mahkamah, yang terdiri sebahagian besarnya daripada peminat Jackson, bersorakan dan menarik nafas terkejut dengan keputusan bersalah dijatuhkan kepada Conrad Murray.
Pada 25 Jun, 2009, Michael Jackson diisytiharkan mati akibat dos berlebihan. Lebih dua tahun kemudian dan selepas perbicaraan selama enam minggu yang sangat meletihkan, kes pembunuhan tanpa niat terhadap doktor Michael Jackson, Conrad Murray, akhirnya sampai ke akhirnya.
Juri membuat keputusan bersalah dalam kes ini, yang berhujah Murray adalah seorang doktor yang bertindak melulu, yang meletakkan agenda sendiri terhadap pesakit itu. Juri mengambil masa selama 16 jam untuk membuat kesimpulan atau keputusan ini.
Ekoran keputusan juri, hakim mengarahkan Murray, yang dibebaskan dengan diikat jamin sejak dua tahun lalu, ditahan sehingga hukuman dijatuhkan akhir bulan ini.
Murray yang tidak memberi keterangan dalam perbicaraan, tidak menunjukkan apa-apa perasaan ketika keputusan diumumkan.
Untuk Berita Lanjut.Klik Link video
.
No comments:
Post a Comment