Bagaimana Mengunci Format Dokumen Anda




Tips komputer yang mudah dan senang dipraktikkan. Okey, jom kta mulakan. Anda perasaan tak pada microsft word terdapat suatu aplikasi yang boleh mengunci format dokumen yang telah kita buat daripada diganggu. Setelah ianya diaktifkan oleh anda, orang lain tidak akan dapat mengubah format baik bold, italic, underline ataupun mengubah saiz serta jenis font yang telah anda hasilkan pada dokumen anda.




Cara ini juga berkesan terutamanya kepada pembaca, supaya mereka tidak akan mengubah, menambahkan style atau menukarkan warna font. Selain itu juga, ianya juga tidak berkesan seandainya mereka mencuba dengan menggunakan shortcut pada keyboard seperti [CTRL] + [B], [CTRL] + [i], dan sebagainya tidak akan berfungsi juga.

Sekiranya anda ingin mencuba trik ini, jom kita ikut langkah di bawah ini:


1/ Buka menu microsoft word, atau lebih senang buka terus pada dokumen yang ingin anda kuncikan.
2/ Setelah itu, klik pada tab [Review] > [Protect Document] > [Restrict Formating And Editing].
3/ Di bahagian kanan tetingkap akan muncul Task Pane Restrict Formatting and Editing.Tandakan checkbox di bahagian [Limit formatting a selection of styles]. Dengan cara ini maka tidak ada orang yang dapat mengubah setting format pada dokumen anda.
4. Untuk mengaktifkan perubahan yang telah anda lakukan, klik pada bahagian bawah sekali pada tetingkap tadi [Yes, Start Enforcing Protection].
5. Setelah anda klik, akan muncul sebuah kotak dialog yang akan meminta anda untuk memasukkan password. Password tersebut akan anda gunakan untuk membuka dokumen yang mana telah anda kunci tadi sekiranya anda ingin mengedit, format ataupun menghentikan penguncian format tersebut.

Sekarang dokumen anda telah aman daripada gangguan yang boleh merosakkan format dokumen yang telah anda buat. Untuk mengaktifkan kembali proteksi ini, klik [Review] > [Protect Document] > [Restrict Formatting and Editing] > [Stop Protection] kemudian masukkan password yang sudah anda tentukan tadi

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment