Kenali Warna Baju Yang Sesuai




Erm...Hari ni nak pakai baju apa ye...pernah tak anda terfikir sebegini bila nak keluar dari rumah. Tak kisahlah nak jumpa kawan - kawan ke, shopping ke, menghadiri makan malam ke...mesti terfikir dulu nak guna baju apa kan...? Design baju kadang - kadang kurang mempengaruhi pemilihan kita, apa yang paling ketara sekali ialah WARNA baju kan...Setiap warna mempunyai hubungan dengan anggota tubuh manusia. Itulah hebatnya kuasa pada warna. Pemilihan yang sesuai & padan mengambarkan keperibadian kita.




Siapa sangka warna baju juga memainkan peranan dalam merawat kesihatan kita. Tak percaya...teruskan pembacaan anda !






Warna Oren

* Bagi penggemar warna oren, ia adalah berhubungan dengan limpa yang mengatur pengaliran darah & metabolisme. Ia juga mencetuskan kegembiraan & keceriaan. Jadi, ia boleh membantu merawat depresi, masalah ginjal & pernafasan seperti asma & bronkitis.




Warna Hijau


* Warna ini dikatakan berhubungan dengan jantung kita. Warna hijau merupakan warna yang harmoni, yang mana ia adalah penyembuh yang amat luar biasa. Hijau digunakan untuk menyeimbangkan & menstabilkan tenaga dalam tubuh badan manusia.





Warna Kuning


* Warna yang dinantikan bagi penggemar warna kuning. Apa keistimewaannya? Warna kuning dapat mempengaruhi intelektual & kemampuan dalam membuat sesuatu keputusan. Ia juga mampu merangsang konsentrasi & menyembuhkan penyakit artritis serta dapat mengurangi keluhan pesakit yang stress, kejang otot, hipertiriod serta juga masalah batu hempedu.





Warna Ungu

* Warna ungu pula berhubungan dengan energi dari fungsi tertinggi dalam fikiran. Warna ini sering digunakan untuk meningkatkan kepercayaan diri & megurangkan rasa lesu. Dipercayai dapat membantu pesakit yang sakit mental & saraf, migrain serta mampu merangsang nafsu makan.





Warna Hitam

* Warna yang cukup dominan dan sangat digemari. Sekiranya kita terlebih nafsu makan atas sebab pakai baju warna ungu tadi. Sekarang, pakai je baju warna hitam, kerana ia mampu mengurangkan nafsu makan anda. Selain daripada memakai baju, anda juga digalakkan menggunakan kain alas meja berwarna hitam atau pinggan hitam. Tapi, ini hanya sebagai
alternatif je tau, kalau masih tak sembuh juga. Dinasihatkan jumpa doktor la ya.





Warna Biru


* Warna yang berhubungan dengan kerongkong dan saluran pernafasan. Warna ini cukup menenangkan bukan saja kepada si pemakainya malah juga kepada yang melihat kita dengan baju berwarna ini. Dikatakan ia boleh mengatasi insomia, gastritis, artritis, asma, migrain, serta sakit pada bahagian kerongkong.





Warna Merah


# Warna favourite aku ni...hehehe.

Warna ni mempunyai hubungan dengan tenaga, kekuatan, dan seksualiti seseorang. Maka, ia mampu merawat dan mengatasi anemia, kekurangan tenaga, tekanan darah rendah, penyakit kulit & infeksi saluran kencing. Jadi, kalau anda menghadapi masalah yang disebutkan tadi, pakailah warna merah ye...!

No comments:

Post a Comment