Kemenangan Harimau Malaya Di Sukan SEA 2011

 

Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia. 

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.


 


Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan. 

Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

 Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.


Skuad Malaysia hampir dengan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 35 hasil tandukan rendah yang dilakukan oleh Asraruddin. Beliau yang diletakkan oleh Ong Kim Swee di posisi yang berlainan dari kebiasaannya membuktikan beliau seorang pemain yang serba boleh.




Sehingga tamat masa permainan Malaysia terikat dengan Indonesia 1-1. Masa tambahan sebanyak 30 minit yang diberikan tetapi hampa kerana tiada jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Kemenangan menerusi sepakan penalti telah memberi kemenangan berturut-turut selama 2 tahun kepada pasukan Malaysia dalam Sukan Sea ini. 4-3 keputusan menerusi penalti menjadikan mata sebenar 5-4 dan kemenangan berpihak secara mutlak kepada pasukan Harimau Malaya!!





Nazmi Faiz bintang baru yang mula menyerlah di Sukan Sea ini dibawa turun  menggantikan Gurusamy yang turut menjadi pemain penting dalam sukan sea kali ini. Terlalu sukar untuk menentukan siapakah sebenarnya man of the match dalam sukan ini.




Pasukan Malaysia  terus dibawa pulang ke Malaysia selepas kerajaan bersetuju menempah penerbangan khas buat mereka supaya dapat merehatkan diri secukupnya sebelum bertemu Syria pada rabu akan datang.

Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.


 Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

No comments:

Post a Comment