Anang Ditimpa Kemalangan


 Penyanyi dan pencipta lagu terkenal Indonesia, Anang Hermansyah dan teman duet serta kekasihnya, Ashanty telah ditimpa kemalangan di Tamiang, Banjarmasin, Kalimantan Selatan pada Sabtu lalu.

Dipetik daripada Kapan Lagi, Ashanty memberitahu kemalangan berlaku ketika dia terlelap di tempat duduk belakang bersama Anang, manakala kakaknya, Mia duduk di bersebelahan pemandu. 





 
 


"Ketika kejadian berlaku, Anang tidak tidur. Dia terus memeluk saya seolah-olah menghalang daripada saya jatuh ke hadapan apabila kemalangan itu berlaku. Walaubagaimanapun kakinya tersepit," jelas Ashanty.

Kecederaan yang dialami oleh Anang tidak serius dan hanya lebam sahaja. Dia tetap meneruskan acara pelancaran The Hybrid Park di Bandung yang berlangsung sehari selepas kemalangan.



Walaubagaimanapun Anang dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan selepas mengadu sakit sejurus selesai acara tersebut. 

 

No comments:

Post a Comment