keputusan Penuh Kes Liwat Anwar Ibrahim Pada 9 Januari 2012


Penggulungan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan penghujung hari ini dengan keputusan akan diketahui pada 9 Januari depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengumumkan tarikh keputusan kes di akhir sesi penghujahan pagi ini.
Anwar berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.



Pada 16 Mei lalu, Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Beliau mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos 2008, meliwat Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Let's see the final decission from Court this coming  9 of January 2012 !
Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

No comments:

Post a Comment