Permulaan Sebagai Seorang Affiliate













Tentu ramai yang tahu akan keupayaan internet bagi tujuan menjana pendapatan melaluinya dari rumah. Baguslah bagi mereka yang sudah mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri yang boleh dipasarkan di internet.


Akan tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang tiada sebarang produk atau perkhidmatan sendiri yang boleh dipasarkan di internet? Adakah bermakna mereka ini tidak dapat membuat perniagaan melalui internet? Sudah pastinya tidak kan. Affiliate adalah merupakan jawapan bagi mereka.


Saya pasti ramai yang sudah mengetahui maksud bagi perkataan ini(AFFILIATE). Bagi mereka yang kurang faham atau tidak pernah mengetahui apa itu affiliate, saya akan terangkan kepada anda maksudnya sebentar lagi.

Okey, melalui kajian dari pemerhatian umum, affiliate boleh dikategorikan sebagaimana maksud dibawah :

1. Anda membawa seorang pelayar internet ke suatu website melalui link affiliate anda dan mereka tadi telah melakukan pembelian keatas produk/perkhidmatan yang ditawarkan ataupun telah ‘sign –up’ untuk sesuatu website tersebut. Maka anda akan mendapat komisen daripada pembelian atau ‘sign – up’ mereka tadi.

2. Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline. Dengan ini kedua – dua pihak sama mendapat keuntungan. Anda sebagai affiliate mendapat komisen dari hasil jualan, syarikat pula dapat memasarkan barangan & perkhidmatan mereka dengan mudah dan cepat. Jadi inilah yang dinamakan konsep ‘win – win situation’. Konsep ‘menang – menang’.


3. Affiliate boleh dianggap sebagai seorang ‘ejen’. Misal kata seorang ejen insuran. Kita tahu yang seorang ejen insuran akan menawarkan polisi insuran syarikat mereka kepada pelanggannya untuk mempengaruhi pelanggan tersebut membeli polisinya. Seandainya ejen tadi telah berjaya memujuk pelanggan tadi, dan hasil dari pembelian polisi itu maka ejen tersebut akan dibayar komisen. Cuma bezanya, seorang affiliate tak berjumpa dengan pelanggan sepertimana ejen insuran tadi. Affiliate cuma menggunakan internet untuk menggerakkan perniagaannya yang bukan saja di pasaran tempatan, malahan pasaran antarabangsa yang tiada hadnya.

Bagaimana ?

Mudah bukan, walaupun definisinya amat mudah, namun jangan dianggap remeh. Ini, kerana sebagai seorang affiliate anda harus mempunyai pelbagai selok – belok dan teknik bagi melariskan lagi link affiliate anda untuk tujuan mendapat komisen melalui jualan darinya. Dengan ini senanglah anda memaksimakan keuntungan anda.

Okey, sekirannya anda masih kabur ataupun kurang faham tentang penjelasan saya tadi. Usah bimbang, disini saya ada sertakan senaskah e – book bagi panduan anda yang mahu mendalami perniagaan internet dari affiliate. Apakata bagi yang masih newbie macam saya, anda download e-book percuma ini.

No comments:

Post a Comment