Kematian Steve Jobs









 NEW YORK 6 Okt – Syarikat gergasi komputer, Apple semalam mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser. Beliau berusia 56 tahun.

“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan semalam.
 

 Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California. 

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. – AFP


Rasanya kita samaada di malaysia ataupun seluruh dunia telah maklum dengan berita diatas. Siapa yang tidak kenal dengan nama 'STEVE JOBS'. Beliau merupakan pencipta kepada telefon yang serba canggih iaitu yang berjenama APPLE..

Kematian pengasas Apple, Steve Jobs akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama, kata pengasas Microsoft, Bill Gates.

Masalah kesihatan steve telah menjadi topik yamg hangat sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau yang menderita penyakit kanser sering mendapat perhatian daripada pencinta produk Apple, pelabur serta ahli
lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Beliau telah membuka syarikat Apple dengan salah seorang rakannya iaitu, Stve Woziank pada akhir tahun 1970 an. Syarikat berkenaan yang kemudiannya diperkenalkan sebagai sebuah yarikat komputer, Apple I.

Namun selepas itu, bebrapa tahun kemudian ia telah ditukarkan kepada Apple II dan menjadi sebuah syarikat gergasi komputer yang terkenal pada tahun 1980 sekaligus menjadikan Steve sebagai seorang jutawan yang dikenali di Amerika Syarikat. 

Ringkasan Perjalanan penciptaan Steve Jobs sepanjang kariernya seperti di bawah :


No comments:

Post a Comment