Ana Rafali 'Sedang Ingin Bercinta' Secara Hangat

"Saya suka sikapnya yang memahami karier dan kehidupan saya sebagai seorang artis. Kami sudah berkenalan lebih kurang enam tahun lalu tetapi sebagai teman rapat sahaja. Saya tidak menyangka persahabatan tersebut boleh melangkah ke hubungan yang lebih serius," ujar penyanyi yang sentiasa tampil dengan baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.





Begitulah kata-kata, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali dengan nama pentas Ana Raffali kini dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang juga teman di universiti satu ketika dulu..







 Malah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 ini turut memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga memandangkan sudah berusia 26 tahun. Namun dia menegaskan bukan dalam tempoh terdekat ini.


"Saya serahkan kepada ketentuan Ilahi dan doakan yang terbaik sahaja," kata Ana lagi yang turut memberitahu tidak kisah jika jodohnya tiba di saat karier sedang meningkat.

No comments:

Post a Comment