Shandy Aulia Berhasrat Kahwin Tanpa Restu Orang Tua


Pengorbanan Cinta namanya kan...Kalau dah namanya suka,apa-apa aje akan buat..




Nyimas Shandy Aulia atau lebih dikenali dengan nama seninya, Shandy Aulia, dilaporkan sudah berkahwin dengan seorang jejaka berketurunan Tionghoa bernama David Herbowo pada 12 Disember lalu tanpa restu ayahnya.

Dipetik daripada laporan Kapan Lagi, aktres yang mencipta nama dengan watak Tita dalam filem "Eiffel I'm In Love" ini telah berkahwin di sebuah gereja di Bali, tetapi ayahnya, Kiemas Yusuf Effendi memberitahu dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada pihak lelaki tersebut.

"Sebagai seorang muslim, saya tidak akan ke gereja atau tempat ibadah umat lain kerana boleh mengganggu keimanan. Memang saya dan Shandy berbeza agama dan keyakinan, tetapi mereka telah melangga norma etika," tambah Kiemas lagi.

Kiemas yang sudah bercerai dengan ibu Shandy yang beragama Kristian, Elsye Dopong. Selepas penceraian tersebut, aktres berusia 24 tahun itu mengikut ibunya manakala ketiga kakaknya yang lain tinggal bersama ayahnya yang beragama Islam.

Kiemas turut memberitahu ketiga kakaknya turut menghadiri pernikahan tersebut di Bali tanpa pengetahuannya.

 "Mereka tidak memberitahu saya kerana khuatir saya akan melarang. Ya, ini soal keimanan. Memandangkan semua sudah berkahwin, maka ia adalah tanggungjawab suami masing-masing," jelasnya lagi.
Sebelum ini Shandy membatalkan perkahwinan dengan seorang anak menteri Indonesia, Dave Laksono atas alasan perbezaan umur dan juga agama walaupun persiapan sudah siap dilakukan.

No comments:

Post a Comment