Shandy Aulia kenalkan suami


 Aktres "Eiffel I'm In Love", Shandy Aulia akhirnya memperkenalkan suaminya kepada media tempatan Indonesia selepas majlis perkahwinan drastik yang berlangsung di Bali pada 12 Disember lalu.
Dipetik daripada Kapan Lagi, pemilik nama Nyimas Shandy Aulia dan suaminya yang juga seorang jejaka Tionghoa bernama David Herbowo mengakui sudah berkahwin di sebuah gereja yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan dekat.





"Memang benar kami sudah bernikah. Maaf kerana tidak boleh mengumumkan khabar gembira ini kerana kami semua penat dan perlu masa untuk berehat.
"Kami memilih 12 Disember kerana waku dan lokasi yang dipilih bersesuaian pada tarikh tersebut. Oleh itu, kami langsungkan sahaja," ujar Shandy ketika sidang media di Ritz Charlton, Kuningan, Jakarta Selatan baru-baru ini.
Pasangan suami isteri ini memberitahu hubungan mereka terjadi selepas diperkenalkan oleh seorang teman dan telah bercinta hampir setahun.
Sebelum ini ayah Shandy, Kiemas Yusuf Effendi menyatakan rasa kecewanya apabila aktres berusia 24 tahun itu dan suaminya tidak pernah bertemu dan meminta restu sebelum berkahwin walaupun mereka berlainan pegangan agama memandangkan Shandy mengikut ibunya yang beragama Kristian selepas bercerai, manakala kedua kakak Shandy mengikut ayahnya yang beragama Islam.

No comments:

Post a Comment